Monday, November 5, 2007

Penyakit tidur pada manusia.

Penyakit tidur merupakan satu penyakit yang terdapat di Afrika. Terdapat 2 jenis penyakit tidur iaitu yang menyerang manusia dan yang yang menyerang haiwan.
Penyakit tidur disebabkan oleh parasit trypanosome, yang disebarkan oleh lalat tsetse. Lalat tsetse sebesar dua kali ganda lalat biasa, mempunyai mulut pemangsa dan sayap berkedudukan seperti gunting. Lalat tsetse membiak di dalam semak dan hutan separa-gurun (sub Saharan). Lalat tsetse di Afrika Timur biasanya terdedah kepada parasit trypanosome dari haiwan savana atau manusia yang berjangkit, sementara lalat tsetse di Afrika Barat terdedah kepada parasit trypanosome dari manusia yang dijangkiti penyakit tidur.

Parasit trypanosome berbentuk pipih, ekor runcing, bersaiz dua kali ganda sel darah merah. Ia boleh menyebabkan radang otak secara perlahan-lahan yang mampu sepanjang beberapa bulan sehingga beberapa tahun menyebabkan kejang, lembam (stupor), koma, dan kematian.
Trypanosome mempunyai cara yang bijak untuk mengatasi sistem imunisasi badan. Seawal 1910 penyelidik telah perasan gelombang peningkatan parasit di dalam darah pesakit tidur. Pada masa sekarang, kita mengatahui setiap gelombang peningkatan mewakili generasi baru parasit yang dilengkapi dengan permukaan protin berbeza. Selaput protin baru ini menyebabkan peningkatan antibodi baru oleh sistem pertahanan badan perumah.

Sistem antibodi perumah berjaya mempertahankan badan pada mulanya tetapi akhirnya gagal apabila berhadapan dengan serangan parasit yang sentiada berubah bentuk ini. Sistem antibodi perumah terpaksa bekerja kuat untuk mempertahankan badan dari parasit ini akan beransur menjadi lemah akibat terlalu aktif untuk tempoh masa yang panjang. Pesakit penyakit tidur juga akan mengalami masalah di mana sistem imunisasi akan menjadi terlalu aktif dan mula menyerang sel-sel badan sendiri ketika berusaha memusnahkan parasit trypanosome yang sentiasa berubah bentuk ini. Pesakit penyakit tidur ini mungkin akan mengalami anemia (kekurangan darah), platelet darah yang rendah, sistem buah pinggang yang semakin gagal berfungsi, jantung membengkak.

Masalah yang paling ditakuti dalam menangani penyakit tidur ini adalah jangkitan otak. Ujian air tulang belakang (spinal fluid) akan menunjukkan samada parasit trypanosome telah menembusi sistem saraf tunjang.
Rawatan Bergantung kepada jenis parasit trypanosome beberapa ubat boleh digunakan, tetapi kesemuanya adalah beracun kepada badan dan perlu dugunakan secara berhati-hati dan dalam dos yang betul. Sebagai contoh bagi parasit Trypanosoma brucei, sekiranya tiada jangkitan saraf tunjang, dadah toksik suramin yang digunakan semenjak 1920 boleh digunakan.

Sekiranya parasit trypanosome telahpun menembusi sistem saraf tunjang, rawatan yang boleh digunakan adalah dengan mengunakan melarsoprol, racun parasit berasaskan arsenik yang beracun dan mampu membunuh sehingga enam peratus dari pesakit yang dirawat.

No comments: